Saturday 16 April 2011

WANITA keluaran April 2011

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada wartawan Norfaiza Ismail dari majalah Wanita serta jurugambar Asrekuzairey Salim kerana telah memilih butik Naie Sourie untuk menghiasi ruangan Fesyen majalah ini.

Wanita dan cantik tidak dapat dipisahkan walau apapun imej yang dibawanya. Bertudung tidak mengekang anda berfesyen apatah lagi wanita bekerjaya perlu menjaga penampilan.
Istimewa himpunan Naie Sourie adalah terjemahan kasih sayang seorang suami kepada sang isteri. Lantaran isteri berprofesyen jurutera, bertudung pula, kata pereka label ini, sukar mendapatkan busana yang bersesuaian dengan imej wanita muslimah moden meskipun sudah dijelajahi seluruh gedung berlabel antarabangsa.
Lantas, Nadzri Tahir tampil dengan helaian officewear ‘isteri suka, suami setuju’. Konsepnya busana melepasi pinggul namun masih kelihatan seksi digayakan!

ISNIN

Hitam warna korporat. Blaus polos berhias fabrik corak sesuai kala menghadiri mesyuarat. Padanan skirt tampak profesional. Tudung juga bagai sedondon.

SELASA
Imej feminin masih kekal walau bercelana. Kemeja warna lembut istimewa dengan pesak kembang di sisi pinggul disatukan dengan seluar dan tali pinggang putih. Hijab warna terang menonjolkan gaya.
RABU
Blaus berlisu potongan serong kemas tali pinggang bergancu besar. Fabrik separa kilat beri silhuet seksi. Celana dari rona sama namun tudung berwarna ceria elak impak bosan si kelabu.
KHAMIS
Hari ini ada tugasan di luar. Pilih blaus warna merah hati dengan perincian butang di lengan memudahkan pergerakan. Tudung tiga tona serasi corak di leher baju.
JUMAAT
Hari ini mood bergaya anggun. Kebaya kacuk kemeja dari fabrik sutera Itali jadi pilihan. Tudung bercorak rona serupa menambah seri busana polos ungu.




0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger