Monday 18 April 2011

Fesyen & Tubuh .

Pilih fesyen mengikut tubuh badan anda ! Pastikan ia benar-benar sesuai untuk anda menonjolkan penampilan diri dalam khalayak ramai .

Kenali ketinggian tubuh badan anda ;
Ukuran lazim adalah antara 5'3" atau 157.5cm dan 5'10" atau 175cm
Kecil molek adalah ukuran bawah dari 5'3" atau 157.5cm
Tinggi adalah ukuran lebih dari 5'10" atau 175cm
Fuller adalah pakaian saiz 16 dan lebih


Bagaimana dengan bentuk tubuh pula ? ;
Berat bahagian atas - Dimana ukuran payudara anda adalah bahagian yang paling dominan pada tubuh kerana anda memiliki payudara besar dan montok manakala pinggul yang kecil.
Epal - Berbentuk, tidak mempunyai pinggang yang besar dan anda merasakan perut anda besar dan bulat.
Montok - Anda memiliki bentuk tubuh seperti kaca jam dengan payudara besar dan pinggul melengkung ke bawah,
Pear - Pinggul anda ke bawah adalah bahagian terbesar pada tubuh dan payudara anda lebih kecil.
Langsing - Tubuh anda kurus dengan payudara dan pinggul yang kecil.


Pakaian yang ternyata sesuai untuk anda ;
Berat bahagian atas ; Sarungkan pakaian yang agak longgar pada bahagian atas agar anda tidak nampak terlalu besar.
Epal ; Pastikan pakaian anda tidak ketat pada bahagian perut untuk tidak menampakkan perut anda yang bulat dan besar.
Pear ; Jika anda sarungkan skirt labuh atau skirt duyung, bentuk tubuh anda pasti nampak menawan.
Montok ; Baju yang mengikut bentuk tubuh paling sesuai bagi anda yang berpotongan ini. Nampak seksi!
Langsing ; Pakailah apa sahaja busana pasti nampak cantik pada tubuh anda dan tidak kelihatan terlalu seksi.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger