Monday 25 April 2011

Tips memilih tudung

Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa juga acara seharian. Sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam, atau sekadar bersiar-siar, penggayaan tudung jangan sesekali diabaikan. Tampilkan kreativiti anda dengan penggayaan pelbagai jenis tudung .

Secara asasnya, pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti; fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya pemakaian.
Pertama, pilihlah tudung yang diperbuat dari fabrik yang senang dibentuk dan sesuai dipadankan dengan apa jua baju seperti kain kapas dan kain kasa(bawal)
Kedua, kepada penggemar tudung kontemporari, anda boleh memilih fabrik organza bagi melapisi bahagian luar untuk menggayakan fesyen bertudung.
Sesekali pilihlah tudung yang mempunyai corak bunga besar. Tudung jenis ini sesuai dipadankan dengan blaus berwarna garang dan polos.
Bagi baju yang mempunyai corak atau floral yang berwarna, pilih warna tudung yang paling sedikit yang terdapat pada baju.
Seterusnya, pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya merah jambu, biru, kuning dan sebagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.
Elakkan dari memakai tudung yang berwarna kusam dan gelap kerana anda akan kelihatan lebih tua dari usia anda!
Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil. 


0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger