Tuesday 12 April 2011

Bersaiz besar BUKAN penghalang !

Mungkin tidak semua gemar dengan konsep mengenakan blazer mahupun kardigan. Namun, tahukah anda, ia dapat memberi impak positif? Secara rasionalnya, ia boleh menutup bahagian-bahagian tertentu terutamanya di bahagian perut! Malah ia bertambah bagus andai tidak dibutangkan kerana dapat memaksimumkan garisan bujur pada penampilan anda.

Sebagai seorang yang memiliki tubuh badan yang besar, anda seharusnya berhati-hati serta bijak dalam membuat pemilihan pakaian. Hal ini kerana trend pakaian sekarang penuh dengan pelbagai corak. Jika tersalah pilih, sudah pasti penampilan anda nampak pelik dan tidak sesuai. Seeloknya elakkan dari memilih pakaian yang memiliki corak terlalu penuh sebaliknya pilih yang bercorak hanya di bahagian-bahagian hujung sahaja. Elakkan juga dari memilih pakaian yang mempunyai corak bunga-bungaan yang besar kerana ia akan lebih menampakkan tubuh badan anda yang bersaiz XXXL itu!

Aksesori skaf ternyata manis jika sesekali digayakan. Cara memakai skaf yang betul ialah memanjang ke bawah, bukannya melintang. Bagi menimbulkan ilusi langsing, ikan skaf dengan kemas di leher. Anda juga digalakkan membeli aksesori lain kerana penggayaannya dapat mengalihkan pandangan mata daripada tubuh anda.

Pilihlah kasut yang bertumit tinggi serta hujungnya tajam kerana ia akan menjadikan tubuh anda lebih langsing. Pemilihan kasut juga bergantung kepada keselesaan anda, jika anda tidak yakin dengan tumit terlalu tinggi, pilih kasut biasa sahaja. Tetapi, elakkan dari memilih kasut yang berbentuk bulat atau empat segi di bahagian hadapannya.

Bagi yang bertubuh besar, gaun seharusnya menjadi teman baik. Tidak kira apa jenis terutamanya yang berbentuk V di bahagian leher akan menjadikan tubuh kelihatan sedikit rata. Kesan langsing itu akan lebih jelas andai panjang gaun itu melebihi bawah lutut. warna dan coraknya juga boleh meninggalkan impak, jadi pilihlah yang sebaik-baiknya.

-Sumber : Majalah Keluarga , Karangkraf.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger