Wednesday 20 April 2011

Tips memilih kasut :)

  • Pilih kasut yang bertumit rendah
  • Pastikan saiz anda kerana kaki menjadi panjang dan lebar seiring dengan usia.
  • Jangan bergantung kepada saiz kasut sahaja kerana saiz kasut berbeza-beza untuk setiap jenama.
  • Bandingkan kelebaran kasut dengan kelebaran kaki. Elakkan kasut yang menyesakkan walaupun anda sangat menyukainya. Jika kasut terlalu ketat akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pemakai.
  • Cuba kasut pada kedua-dua belah kaki. Ini penting kerana kebanyakan orang memiliki kaki yang besar sebelah. 
  • Tanya pemilik kedai tentang polisi memulangkan barangan kerana mungkin selepas sehari, anda dapati sebenarnya tidak sesuai untuk kaki anda. 
  • Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki anda 'bernafas' seperti kulit.
  •  
  • Definisi kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.
  • Jangan membeli kasut kerana jenama atau harga, sebaliknya pilih kasut berdasarkan kesesuaiannya pada kaki anda.
  • Kepada yang beragama Islam, adalah menjadi kemestian untuk memastikan kasut yang akan dibeli tidak diperbuat dari kulit anjing ataupun khinzir.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger