Monday 7 November 2011

Fashion show @ forum "You Are So Sweet"



“Forum You Are So Sweet” yang telah dianjurkan oleh NISA Serdang pada 13.08.11 yang lalu...berlangsung di jalan reko kajang bermula jam 6.30pm-11.00pm...moderator bg forum ini adalah Puan Muna Izzah,merupakan seorang perunding imej dan para panelis terdiri daripada Waheeda, Heliza Helmi dan Ustaz Shahrizan (Imam Muda)...bermula dgn majlis berbuka puasa seterusnya semayang berjemaah hinggalah selesai berjemaah solat terawih...
Majlis telah dirasmikan oleh ADUN Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar dan sebelum bermulanya perbincangan hangat oleh panel-panel yang hadir, kami selaku sponsor bagi program tersebut diberi peluang untuk menunjukkan koleksi pakaian kami serta memberi serba sedikit penerangan ciri-ciri pakaian muslimah yang sebenar.
Topik yang dibincangkan pada malam itu lebih menekankan mengenai ciri-ciri wanita muslimah yang cantik dipandang terutamanya di sisi Allah s.w.t dan juga masyarakat semajmuk...
“Aurat saya, Maruah saya, Agama saya” merupakan slogan pd mlm tersebut...
“Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu mereka tidak diganggu” Al Ahzab [33] : 59


Dalam masa yang singkat kami terpaksa mengaturkan segalanya berkenaan pertunjukkan fesyen tersebut...kami perlu mencari model dan jurusolek...selalunya model kami perlu ‘confirm’ kan seminggu lebih awal sebab mereka kene “reserve” kan tarikh supaya tidak bertembung dengan kerja mereka...tetapi ini dalam masa 4 hari kami perlu mencari model dan jurusolek..alhamdullilah...setelah kami “post” di facebook, ramai yang sukarela untuk buat “catwalk” pada acara malam itu...akhirnya kami berjaya mendapat 15org model...jurusolek juga kami ada lebih kurang 5org yg sudi menjadi sukarela...
Bila tiba pada harinya, penganjur beritahu saya yang pertunjukan fesyen itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu...tetapi ditukarkan kepada pertunjukan ‘mannequine’...sedangkan model-model dan jurusolek sudah pon dalam perjalanan...ada antara daripada mereka datang dari shah alam dan kuala lumpur...dan memandangkan pada bulan puasa, oleh itu mereka perlu datang lebih awal untuk berbuka puasa sebelum ber ‘makeup’...Setelah berbincang dengan pihak penganjur akhirnya mereka membenarkan pertunjukan fesyen tetapi dalam keadaan tertutup...yakni hanya boleh dihadiri oleh kaum wanita sahaja...


Makanan berbuka puasa juga telah disediakan oleh pihak penganjur...tetapi kerana ada yang diantara mereka yang hadir bersama keluarga...makanan tidak mencukupi untuk semua org ketika itu...semua proses ‘makeup’ dan ‘fitting’ di butik...so pada malam itu butik Naie Sourie menjadi tersangat lah meriah dengan kehadiran model dan jurusolek...terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi...
Pertunjukan fesyen tersebut sepatutnya berlangsung jam 10.10pm...kami berangkat dari butik ke tempat tersebut pd jam 10pm...nasib baik ketika kami tiba di sana mereka masih solat terawih...dan pertunjukan fesyen itu berlangsung pada jam 10.45pm...


Alhamdullilah,syukur ke hadrat ilahi akhirnya pertunjukan fesyen itu berjaya...disaksikan oleh ribuan penduduk bangi...diserikan lagi dengan kehadiran heliza dan waheeda...terima kasih buat semua yang terlibat...

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger