Monday, 30 May 2011

Pakaian & Majlis

Jika bertandang ke sesuatu majlis, pasti mereka telah tetapkan beberapa kod pakaian yang sesuai mengikut acara yang akan diadakan. Ternyata masih ramai yang belum pasti tentang bezanya kod pakaian kasual, semi-formal dan juga formal. Di sini kami membantu anda memahami serba sedikit tentang kod pakaian serta jenis-jenis kain yang sesuai dengan majlis :)


Kasual 

Pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan yang dipakai setiap hari untuk bersantai. Pakaian kasual merupakan pakaian yang akan anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawat kawan dan bersiar-siar. 

Pakaian kasual lazimnya berpenampilan kemas dan selesa. Adalah satu perkara yang pelik bagi anda untuk tampil kasual semasa di dalam pejabat, kecuali jika majikan membenarkannya. Lazimnya, majikan akan mengumumkan ‘dress down’ sekiranya ada aktiviti seperti bergotong-royong, berpindah pejabat dan sebagainya.

Pakaian kasual terdiri daripada: 

1. jeans – tidak kira seluar atau skirt
2. t-shirt – mesti mempunyai gambar dan tulisan yang sopan
3. seluar pendek
4. seluar capri
5. kasut sukan
6. sandal


Jenis kain yang sesuai: 

1. denim
2. kain kapas
3. khaki

Kesemua pakaian yang diperbuat daripada jenis kain di atas boleh dibasuh dengan mesin basuh.

Semi-formal 

Pakaian semi-formal telah menjadi satu pakaian rasmi untuk ke pejabat semenjak berpuluh-puluh tahun dahulu. Sebelum tahun 90-an, pakaian selain formal tidak diterima sebagai pakaian rasmi ke pejabat.

Namun, sejak kebelakangan ini, majikan telah menyedari bahawa pakaian memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat. Pekerja akan berasa lebih selesa bekerja apabila memakai pakaian yang lebih kasual. Hal ini membuatkan pekerja lebih bersemangat untuk bekerja.

Hari ini, kita dapat melihat bahawa doktor dan guru berpakaian lebih kasual semasa bekerja. Walaupun ada segelintir majikan yang membenarkan pakaian kasual di pejabat, ada juga yang masih menitikberatkan penampilan semasa kerja sebagai memelihara imej syarikat. Pakaian yang formal melambangkan syarikat yang lebih profesional.

Aktiviti seharian di pejabat mungkin menuntut anda untuk berjumpa dengan rakan perniagaan yang lain atau pelanggan. Sudah tentu anda tidak mahu dipandang rendah atau selekeh, bukan? Sebab itulah walaupun majikan membenarkan pakaian kasual ke pejabat, masih ada batas-batas yang perlu anda patuhi.

Pakaian semi-formal terdiri daripada:

Wanita

1. seluar panjang (bukan jeans)
2. skirt
3. baju kurung/kebaya atau pakaian tradisional yang lain
4. blaus
5. blazer/jaket
6. gaun kasual

Lelaki

1. seluar panjang
2. kemeja lengan panjang
3. t-shirt berkolar
4. kemeja lengan pendek
5. jaket/blazer
6. tali leher

Jenis kain yang sesuai ialah:

1. khaki
2. rayon
3. polyester
4. batik 

Formal

Pakaian formal jarang lagi dapat dilihat dalam aktiviti kita seharian dan hanya digunakan untuk individu yang berpangkat tinggi atau individu yang ingin menghadiri mesyuarat penting.

Pakaian formal juga dipakai ketika menghadiri temu duga ataupun ketika hendak berjumpa dengan golongan berpangkat tinggi seperti Sultan, Yang Dipertuan Agong atau Gabenor. Jika anda perlu menghadiri mesyuarat bersama pegawai tertinggi di pejabat anda mahupun dikehendaki berurusan dengan syarikat-syarikat lain, pakailah pakaian formal kerana pakaian ini paling sesuai serta menampakkan anda lebih yakin.

Pakaian formal terdiri daripada:

Wanita 

1. jaket dengan skirt atau seluar
2. seluar panjang dengan blaus yang sesuai
3. kurung atau kebaya
4. kasut yang bertumit tinggi dan diperbuat daripada kulit (tidak terlalu menarik perhatian)

Bagi wanita yang memilih untuk memakai skirt, beliau hendaklah memakai pantyhose atau stoking nipis untuk menutup kulit.

Baju kurung sesuai untuk semua jenis keadaan, tetapi jika anda bertudung, pastikan warna tudung dan baju adalah sedondon. Elakkan pakaian yang beropol-ropol atau berfesyen pelik. Fesyen beropol-ropol menunjukkan penampilan yang tidak kemas dan ianya lebih kepada kasual.

Lelaki

1. baju sut/blazer yang sesuai
2. kemeja lengan panjang yang dibutang penuh dan bertali leher
3. vest
4. tali pinggang atau suspender
5. stoking yang berwarna sama dengan sut yang dipakai
6. kemeja batik/baju melayu dan samping
7. kasut kulit 

Pemilihan warna adalah penting agar tidak terlalu menonjol. Jangan pilih pakaian yang pelik sehingga menarik perhatian orang lain memandang anda.Warna yang sesuai ialah warna korporat, iaitu hitam dan putih, biru tua, coklat tua atau coklat muda, krim atau kelabu. Elakkan warna terang seperti merah terang, ungu, hijau atau kuning terang. Walau bagaimanapun, warna sebegini dibenarkan jika pakaian yang dipakai ialah baju kurung atau kemeja bercorak batik.


*Perkara yang perlu dilakukan atau dielakkan semasa berpakaian adalah:

1. Jangan pakai terlalu banyak barang kemas sehingga anda nampak ‘semak’.

2. Jangan memakai aksesori pelik seperti jam pada cincin, gelang yang terlalu besar dan bermotif binatang yang pelik-pelik.

3. Pastikan rambut dan kuku adalah bersih dan kemas.

4. Jangan berpakaian yang mendedahkan atau menggoda.

5. Pakai sedikit alat solek tetapi sekiranya anda seorang lelaki, jangan sekali-kali memakai alat solek seperti wanita.
Read more »

Friday, 27 May 2011

General fashion tips :)


Most of stylish said :
  1. If you are short, avoid to bring bigger handbag or handbag string that are too long.It will makes you looks shorty.
  2. Sling handbag is cool! But try to avoid it because it will makes you looks bigger.
  3. If your body size is bigger on the top, choose handbag which have short string, so that you can't put on your shoulder. Just hold it because it can balance with your body. Or you can just choose to bring long string handbag which you must make sure the bag is placed between your waist and back (if you want to put on your shoulder).
  4. Clutch is what every women should have in the wardrobe especially when invited to a dinner. Remember! If you are slim, choose the small one. If you are plump, choose the big and long one. So that it will balancing within your body size.
  5. Don't put your handbag under your armpit unless you have slim size body because it can make you looks bigger. Hold your handbag with your hand down and straight. If you worried about your stomach and waist (maybe have some cellulite), you can hold your handbag near the stomach to make it invisible.
  6. Handbag doesn't have to be match with your clothes or shoes. It is just about your choose of colours. You can style your handbag by putting some accessories such as scarf or key chain to make it look more stylish and elegant.
Source : o-sem.blogspot.com
Read more »

Sunday, 22 May 2011

Tips and Tricks #1

BEAUTY.
  1. Don't say anything about your weight when you are dating, don't be choosy when you take a food.The important things on the face is skin. Make sure it's soft and clean without any blemish by covering reddish, shadow, and imperfection.
  2. The most important is the body language; the way you carry out yourselves. The way you shake your hands. Your view.
  3. Draw your eyebrow can clean up your face same as new white skirts.
  4. If you can smell your own perfume, means that you use too much! Spray the perfume to the air. Hair, clothes and your skin will accept the delicate difference of the perfume.
  5. Perfect bangs cutting is the one that thin straight in the middle and a little long on the side.
  6. Aggressive eyes and bright lipsticks create 'hard' face. Choose eye make up that looks significant and soft lipsticks color or ' glamorous lips and soft eyes'.
  7. Forget brown color for night make up. It's not glowing in the night. You must choose shiny and grey color.
  8. If the distance between your ear and chin more than 21/4, you must not cut your hair short.
  9. Don't ever do too short bangs cutting if you older a week after Drew Barrymore.
  10. Don't forget to keep rhinestone hair clips in your bag to be use in the last moment, if you want to go anywhere after work.
  11. Sixty percent of women aged 40 something does not have to follow rules that you must cut your hair short. Your hair can cut below the shoulder. Short hair looks precise and old women can looks untidy.
  12. Hair dye called perfect if it have two or three color tones. You must have original color, highlight and low lights.
  13. Value your hair style once a year. Check make up texture and dye your hair according to the season.
  14. Throw away sponge applicator (usually this eye shadow complete with the applicator) and supply to this make up brush ; concealer, blusher, eyeliner, eyeshadow(thumb finger size) and eyeshadow (small soft brush, little finger size)
  15. Foundation that is blend with skin tone (custom blended) is greatest service for ourselves.
  16. Three things that you have to remember of foundation : blend, blend, blend.
  17. The most fastest way to revamp your style according to the season is having new lipstick color.
  18. Wearing pearly gloss in the middle of your lips make the lips look soft and full.
  19. Choose lip pencil which is suit to your original lip color, not with the lipstick color.
  20. The important things on the face is skin. Make sure it's soft and clean without any blemish by covering reddish, shadow, and imperfection.
SOURCE : blogger.
Read more »

Tuesday, 17 May 2011

wanita bekerjaya sebagai seorang isteri & ibu dari perspektif Islam.

WANITA kerap dikaitkan dengan pelbagai peranan penting dalam menjamin keharmonian rumah tangga, masyarakat dan negara. Namun, hakikatnya, sama ada kita sedar atau tidak, peranan yang dikhususkan kepada wanita itu diselewengkan sehingga menimbulkan pelbagai kesan buruk. 

Ini terbukti dengan bertambahnya jumlah wanita yang rosak akhlak, kadar kes perceraian, serta berleluasanya perbuatan jenayah yang dilakukan oleh anak muda akibat daripada salah asuhan atau pengaruh persekitaran. Fenomena ini sewajarnya dipandang serius kerana keutuhan masyarakat pada masa akan datang banyak bergantung kepada sejauh mana wanita menangani permasalahan ini secara bijaksana. 

Peranan utama wanita 

Firman Allah bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembahKu.” (Surah Adz-Dzaariyat, ayat 56). 

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa peranan atau tanggungjawab utama wanita adalah sama dengan lelaki iaitu mengabdikan diri kepada Allah. Adalah menjadi kewajipan wanita Muslim untuk berusaha sebaik mungkin agar dapat menjadi seorang insan yang tunduk dan patuh kepada-Nya, semata-mata dengan melaksanakan segala perintah Allah dan rasul-Nya. Mereka juga hendaklah menjauhi segala perkara yang ditegah. 

Kekuatan iman yang jitu adalah aset terpenting bagi seorang wanita agar menjadi benteng bagi mengharungi sebarang bentuk cabaran. 

Wanita dan keluarga/rumah tangga 

Peranan wanita dalam keluarga atau rumah tangga adalah amanah yang diperintahkan oleh Allah, sebagaimana firman-Nya, yang bermaksud: 

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58) 

Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. 

Wanita dan kerjaya 

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. 

Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu: 
  • Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu 
  • Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan
  • Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain 
  • Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat. 
  • Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki. 
  • Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami. 
  • Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan. 
  • Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga. 

Wanita dan tanggungjawab sosial 

Apabila memperkatakan peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan masyarakat dan negara, sejarah membuktikan bahawa sejak zaman Rasulullah, wanita secara aktif memainkan peranan mengikut batas ditetapkan. Misalnya, wanita bersama-sama lelaki mempelajari ilmu dan petunjuk Islam. Ada di antara mereka meriwayatkan hadis, bahkan Saidatina Aishah menunjukkan ketokohannya sebagai seorang yang mencapai kedudukan ilmu tinggi, sehingga sahabat seperti Abu Bakar, Umar dan Osman bertanya kepadanya mengenai ilmu faraid. 

Wanita juga berperanan sama dengan lelaki dalam usaha membendung keburukan yang berlaku dalam masyarakat kerana ini adalah tanggungjawab setiap Islam. 

Firman Allah bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran, ayat 110). 

Kepincangan dan kebejatan, terutama di kalangan muda-mudi hari ini sewajarnya menarik perhatian wanita untuk sama-sama berganding bahu mencari penawar paling mujarab. 

Tugas ini berat dan memerlukan kesabaran, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tidak berselerak. 

Menangani peranan wanita secara bijaksana 

Keadaan semasa secara tidak langsung memaksa wanita memainkan peranan seimbang di antara alam rumah tangga dan dunia masyarakat luar. Hal ini sebenarnya cabaran besar kepada wanita dan meletakkan wanita di persimpangan. 

Persoalannya ialah sejauh mana seseorang wanita itu mampu melaksanakan semua tanggungjawab di atas serentak atau wajarkah mereka mengabaikan salah satu daripadanya? Jawapannya, pasti terletak di tangan wanita. 

Sesungguhnya wanita sentiasa memerlukan bantuan dan sokongan daripada semua pihak agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan. 


Perkara berikut adalah di antara panduan yang boleh digunakan oleh wanita untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab itu: 

  1. Sentiasa memantapkan keimanan kepada Allah dan meyakini akan pertolongan-Nya. Keimanan mendalam akan dapat melahirkan wanita yang yakin pada dirinya sendiri dan mampu meneroka segala potensi anugerah Allah. Selain itu, wanita perlu melengkapkan diri dengan tiga ciri utama iaitu Ilmiah ; mengetahui sebanyak mungkin ilmu agama dan ilmu lain, termasuk hak sebagai wanita menurut perspektif Islam. Siasah ; iaitu cuba memahami perkembangan politik tempatan dan antarabangsa untuk meluaskan fikiran dan pandangan sebagai seorang wanita yang peka kepada isu semasa dan Amaliyyah ; iaitu mengamalkan apa yang dipelajari dan difahami secara ilmiah. 
  2. Adalah menjadi kewajipan kepada wanita untuk mendapatkan sokongan dan pengiktirafan dari orang yang paling hampir sama ada suami, ibu bapa atau keluarga. Sokongan dan kebersamaan mereka ini menjadi penggerak utama kepada tugas seorang wanita. 
  3. Tambahan lagi, wanita digalakkan mempelajari secara bersungguh-sungguh bagaimana untuk menguruskan masa dengan lebih sistematik. Di samping dapat menyediakan perancangan kerja, wanita dapat melaksanakan kerja tersebut mengikut susunan keutamaan.
  4. Sentiasalah menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga mentua seperti menjaga hubungan baik dengan keluarganya sendiri. 
  5. Sentiasa menilai perlakuan diri sendiri atau memuhasabah untuk mengukur sejauh mana baik buruknya sesuatu tindakan atau perkara yang dilakukan. 
  6. Sentiasa beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah di atas kesilapan yang dilakukan sama ada disedari atau tidak. 
  7. Berlapang dada di atas teguran-teguran membina yang diberi oleh sesiapa saja untuk memperbaiki diri. 
  8. Melakukan kerja kebajikan umum secara amal supaya pelaksanaannya menjadi lebih mudah dan tersusun. 


Berbahagialah wanita yang dapat menjalankan tugas di atas dan memainkan peranannya sebagai seorang wanita cemerlang mengikut kaca mata Islam. Yakinlah dengan janji Allah sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97). 



(SUMBER -wadahwanita.blogspot.com)
Read more »

Saturday, 14 May 2011

Pakaian & Peribadi.


Leher Baju

Untuk kelihatan langsing dan tinggi, berikan perhatian kepada kolar. Bentuk leher baju yang panjang memang sesuai untuk semua jenis leher. Leher berbentuk V dan luas sangat ideal untuk mereka yang berleher kecil dan berwajah bulat. Pastikan anda tidak memakai pakaian yang berspan di bahu dan jika perlu, gunakan pelapik span yang nipis sahaja supaya bahu tidak kelihatan lebar dan besar.

Corak Yang Berjalur

Pemakai boleh tampak tinggi dengan corak baju yang berjalur ke bawah. Jika kena caranya, pemasangan butang yang memanjang ke bawah di tengah-tengah baju juga akan memberi kesan langsing. Elakkan dari memakai corak yang berjalur melintang atau kasut yang bercorak sedemikian. Anda akan kelihatan rendah dari saiz sebenar. Kepada yang memiliki saiz badan XL dan ke atas, anda memang sama sekali tidak sesuai dengan corak yang berjalur melintang!

Kasut

Jangan sesekali memakai kasut yang berwarna putih melainkan anda benar-benar tinggi. Kasut putih akan menyebabkan anda kelihatan lebih rendah.

Baju Yang Berpotongan Longgar

Jika mahukan kesan yang langsing, pakaian yang berpotongan longgar dengan fabrik nipis dan lembut beralun mampu membantu agar pemakai nampak langsing. Jika pakaian jenis tiga keping, pastikan anda memilih warna yang sama atau yang senada. Jika tidak, pastikan gandingan warna yang dipilih bertepatan dan sesuai.

Pinggang Kelihatan Kecil

Bagi yang berpinggang lebar, gayakan kain, skirt atau seluar yang berwarna lebih gelap dari baju. Misalnya skirt tanpa corak dengan baju yang berjalur.

Bagi Yang Berpinggang Lebar

Jika mahu tampak pinggang lebih langsing, elakkan memakai corak yang berjalur pada bahagian pinggang ke bawah, juga jangan sesekali memakai warna-warna yang terlalu berkilat, pleated skirts atau seluar panjang yang terlalu lebar. Hiasan yang terlalu berlebihan pada bahagian pinggang ke bawah akan menarik perhatian kerana anda pemakai akan tampak lebih besar. Hanya berikan tumpuan pada bahagian atas sahaja jika mahu bergaya dengan aksesori.


Mengelakkan Tumpuan Pada Pinggang

Larikan pandangan mata orang lain dari pinggang anda dengan memakai pakaian atau gaun malam yang berpotongan luas pada dada. Anda juga boleh memakai kalung yang cantik atau aksesori yang agak berat untuk leher. Pemakaian skaf juga mampu mencuri pandangan dan menampilkan personaliti elegan.

Warna Putih

Jarang orang menggayakan warna putih ke majlis makan malam. Bagaimanapun, tidak salah jika ingin mencubanya. Tetapi pastikan pakaian tersebut benar-benar sesuai dan lebih elok jika ia mengikut potongan badan. Elakkan warna putih pada bahagian yang ingin dilindungi, misalnya leher yang pendek dan besar.

Aksesori

Gunakan rantai berlian atau dari jenis emas putih jika memakai pakaian yang berleher luas atau pakaian berwarna hitam. Jika pakaian berdasar putih, gunakan aksesori yang berkilauan, elakkan dari memakai aksesori yang berwarna kusam.

Seimbangkan Bahu Dan Pinggang

Untuk pinggang kelihatan lebih langsing, pakailah pakaian yang mampu membuatkan bahu kelihatan lebih besar daripada pinggang. Misalnya, penggunaan span nipis sebagai lapik bahu, potongan leher baju yang luas, gabungan warna yang sepadan antara bahagian bawah dan atas iaitu di bawah lebih gelap dari bahagian atas. Ia mampu memberikan kesan yang efektif!

Seghairah mana sekalipun anda ingin memperlihatkan stail sendiri, janganlah sehingga menjadi mangsa fesyen. Yang penting, teliti terlebih dahulu gaya manakah yang paling sesuai bagi mengelakkan tersalah gaya. Ingat, personaliti diri anda dinilai daripada stail peribadi anda!

:)
Read more »

Wednesday, 4 May 2011

Viscose

Viscose is a unique form of wood cellulose acetate that can be used for the manufacture of a number of different types of products that are used in the medical industry, when the cellulose is treated with caustic soda. Sometimes referred to as cellulose xanthe in this state, viscose is ideal for the creation of dialysis membrane and other medical tools that must be soft and supple to the touch.
Created from a combination of natural and man-made components, viscose can also be made into the more common form of rayon that is used for many types of textile products, including clothing. Viscose rayon has a silky appearance and feel, and also has the ability to breathe in a manner similar to cotton weaves. In addition to being an inexpensive material to use in lightweight clothing, viscose can also be used for such textiles as tablecloths, napkins, furniture slipcovers, and sheeting. One of the more popular properties of viscose rayon is that the fabric tends to drape very well, which makes it ideal for use in simple curtains, as well as the perfect fabric to line more formal draperies.

While viscose breathes like cotton and has a feel that is pleasing to the touch, there are some drawbacks. One of the disadvantages to textile products made with viscose rayon is that the items will wrinkle very easily, which may lead to steady maintenance.
Another use of viscose is in the form of cellophane. The wood cellulose is treated with sodium hydroxide and then mixing the product with carbon disulfide, the resulting cellulose xanthe is dissolved into more sodium hydroxide. The product can then be ran through a spinning mechanism and out of a slit, resulting in the formation of the cellophane that can be used in the kitchen or as a clear wrap on plants, gift baskets, and other projects.
The development of viscose has made it possible for many people to enjoy a wider array of quality textiles in their homes, without having to pay a lot of money for a luxurious look and feel. Along with the medical uses and the practical uses of cellophane, viscose is obviously a product that touches the lives of everyone in some manner.

source ; www.wisegeek.com
Read more »

Monday, 2 May 2011

Shantung .

Shantung is a heavy fabric that is often made with either silk fibers or some form of synthetic fibers that are meant to be substitutes for cotton filaments. Sometimes referred to as spun wild silk, the texture of shantung is somewhat rough but not unpleasant to the touch. Here are some basic facts about shantung fabric, including a few examples of common uses for the material.

One of the characteristics that give shantung its reputation as a rough fabric is found in the weave of the material. Instead of some sort of intricate weave, shantung employs as very simple plain weave design with a ribbed effect. What allows the plain weave to produce the raised or ribbed sections of the fabric is the fact that slubbed yarns are used in the warp of the material.

The use of raw silk fibers in the weave of the shantung is sometimes produced with similar results by using nylon or rayon blends that are geared toward imitating the look and feel of slubbed cotton fibers. Whether produced with spun silk or synthetic blends, shantung is a durable nubby fabric that has both texture and visual attraction.

One of the more common uses of this rough silk fabric is in the production of men’s suits and jackets that are considered heavy enough for wear in cooler weather. Ideal for the spring and autumn seasons, shantung jackets can be the perfect compliment to a pair of dress slacks or a pair of jeans. Equally at home in the workplace and as casual wear for an evening on the town, these shantung sports jackets do require dry cleaning. However, shantung is also a stain resistant material, which can cut back on trips to the dry cleaners.

Shantung has lately begun to make the rounds in household textiles as well. As simple drapery panels, shantung holds color well and often does not require liners to keep from fading. The material also works well for Cornice boards and swags. As a casual linen option, shantung can also be employed as table covers and in runners to dress up sideboards and other furniture. As a moderately heavy fabric option, shantung may soon be found around the home more often, and in some new applications.

-source , internet
Read more »

Monday, 25 April 2011

Tips memilih tudung

Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa juga acara seharian. Sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam, atau sekadar bersiar-siar, penggayaan tudung jangan sesekali diabaikan. Tampilkan kreativiti anda dengan penggayaan pelbagai jenis tudung .

Secara asasnya, pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti; fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya pemakaian.
Pertama, pilihlah tudung yang diperbuat dari fabrik yang senang dibentuk dan sesuai dipadankan dengan apa jua baju seperti kain kapas dan kain kasa(bawal)
Kedua, kepada penggemar tudung kontemporari, anda boleh memilih fabrik organza bagi melapisi bahagian luar untuk menggayakan fesyen bertudung.
Sesekali pilihlah tudung yang mempunyai corak bunga besar. Tudung jenis ini sesuai dipadankan dengan blaus berwarna garang dan polos.
Bagi baju yang mempunyai corak atau floral yang berwarna, pilih warna tudung yang paling sedikit yang terdapat pada baju.
Seterusnya, pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya merah jambu, biru, kuning dan sebagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.
Elakkan dari memakai tudung yang berwarna kusam dan gelap kerana anda akan kelihatan lebih tua dari usia anda!
Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil. 


Read more »

Saturday, 23 April 2011

7 Tip berpakaian yang mesti anda tahu:

1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.
 
2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.
 
3. Tidak ada kata ‘maaf’ untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan ‘G-string’.
 
4. Satu lagi adalah tali coli. Ia tidak seharusnya diperlihatkan. Sediakan coli tanpa tali, yang dapat digunakan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpa lengan atau bertali halus.
 
5. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.
 
6. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.
 
7. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.
Read more »

Wednesday, 20 April 2011

Tips memilih kasut :)

  • Pilih kasut yang bertumit rendah
  • Pastikan saiz anda kerana kaki menjadi panjang dan lebar seiring dengan usia.
  • Jangan bergantung kepada saiz kasut sahaja kerana saiz kasut berbeza-beza untuk setiap jenama.
  • Bandingkan kelebaran kasut dengan kelebaran kaki. Elakkan kasut yang menyesakkan walaupun anda sangat menyukainya. Jika kasut terlalu ketat akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pemakai.
  • Cuba kasut pada kedua-dua belah kaki. Ini penting kerana kebanyakan orang memiliki kaki yang besar sebelah. 
  • Tanya pemilik kedai tentang polisi memulangkan barangan kerana mungkin selepas sehari, anda dapati sebenarnya tidak sesuai untuk kaki anda. 
  • Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki anda 'bernafas' seperti kulit.
  •  
  • Definisi kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.
  • Jangan membeli kasut kerana jenama atau harga, sebaliknya pilih kasut berdasarkan kesesuaiannya pada kaki anda.
  • Kepada yang beragama Islam, adalah menjadi kemestian untuk memastikan kasut yang akan dibeli tidak diperbuat dari kulit anjing ataupun khinzir.
Read more »

Monday, 18 April 2011

Fesyen & Tubuh .

Pilih fesyen mengikut tubuh badan anda ! Pastikan ia benar-benar sesuai untuk anda menonjolkan penampilan diri dalam khalayak ramai .

Kenali ketinggian tubuh badan anda ;
Ukuran lazim adalah antara 5'3" atau 157.5cm dan 5'10" atau 175cm
Kecil molek adalah ukuran bawah dari 5'3" atau 157.5cm
Tinggi adalah ukuran lebih dari 5'10" atau 175cm
Fuller adalah pakaian saiz 16 dan lebih


Bagaimana dengan bentuk tubuh pula ? ;
Berat bahagian atas - Dimana ukuran payudara anda adalah bahagian yang paling dominan pada tubuh kerana anda memiliki payudara besar dan montok manakala pinggul yang kecil.
Epal - Berbentuk, tidak mempunyai pinggang yang besar dan anda merasakan perut anda besar dan bulat.
Montok - Anda memiliki bentuk tubuh seperti kaca jam dengan payudara besar dan pinggul melengkung ke bawah,
Pear - Pinggul anda ke bawah adalah bahagian terbesar pada tubuh dan payudara anda lebih kecil.
Langsing - Tubuh anda kurus dengan payudara dan pinggul yang kecil.


Pakaian yang ternyata sesuai untuk anda ;
Berat bahagian atas ; Sarungkan pakaian yang agak longgar pada bahagian atas agar anda tidak nampak terlalu besar.
Epal ; Pastikan pakaian anda tidak ketat pada bahagian perut untuk tidak menampakkan perut anda yang bulat dan besar.
Pear ; Jika anda sarungkan skirt labuh atau skirt duyung, bentuk tubuh anda pasti nampak menawan.
Montok ; Baju yang mengikut bentuk tubuh paling sesuai bagi anda yang berpotongan ini. Nampak seksi!
Langsing ; Pakailah apa sahaja busana pasti nampak cantik pada tubuh anda dan tidak kelihatan terlalu seksi.
Read more »

Sunday, 17 April 2011

The Biggest Fashion Shopping Mistakes !


  1. Don't talk yourself into an outfit that isn't flattering to your frame. There are only two kinds of clothes in this world. Clothes that flatter you and clothes that don't and avoid the latter regardless of how popular and trendy they are.
  2. It is one thing to go shopping with your girlfriends because that can be very social and enjoyable but keep in mind don't shop with a competitive friend because she will cajole you into buying more and possibly unflattering items weather or not you need it.
  3. If you are shopping for a cocktail (event) dress remember to bring your shoes. That way if you need to have in-store alterations you will be all set.
  4. If you need to power shop remember to bring a list. This can help focus your attention and keep you on task.
  5. Nothing good will come from buying uncomfortable shoes regardless of how fabulous they are.
  6. Don't buy something you don't need because it is a fantastic sale price. I know we have all done this but it is a waste of money and closet space.
  7. Don't buy on impulse. Ask yourself the following questions when deciding if to buy. Do I need this? Does it fit with my lifestyle or wardrobe? Where am I going to wear this? If you are still undecided then put it on hold and if you are still thinking about it at the end of the day; buy it.
Read more »

Saturday, 16 April 2011

WANITA keluaran April 2011

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada wartawan Norfaiza Ismail dari majalah Wanita serta jurugambar Asrekuzairey Salim kerana telah memilih butik Naie Sourie untuk menghiasi ruangan Fesyen majalah ini.

Wanita dan cantik tidak dapat dipisahkan walau apapun imej yang dibawanya. Bertudung tidak mengekang anda berfesyen apatah lagi wanita bekerjaya perlu menjaga penampilan.
Istimewa himpunan Naie Sourie adalah terjemahan kasih sayang seorang suami kepada sang isteri. Lantaran isteri berprofesyen jurutera, bertudung pula, kata pereka label ini, sukar mendapatkan busana yang bersesuaian dengan imej wanita muslimah moden meskipun sudah dijelajahi seluruh gedung berlabel antarabangsa.
Lantas, Nadzri Tahir tampil dengan helaian officewear ‘isteri suka, suami setuju’. Konsepnya busana melepasi pinggul namun masih kelihatan seksi digayakan!

ISNIN

Hitam warna korporat. Blaus polos berhias fabrik corak sesuai kala menghadiri mesyuarat. Padanan skirt tampak profesional. Tudung juga bagai sedondon.

SELASA
Imej feminin masih kekal walau bercelana. Kemeja warna lembut istimewa dengan pesak kembang di sisi pinggul disatukan dengan seluar dan tali pinggang putih. Hijab warna terang menonjolkan gaya.
RABU
Blaus berlisu potongan serong kemas tali pinggang bergancu besar. Fabrik separa kilat beri silhuet seksi. Celana dari rona sama namun tudung berwarna ceria elak impak bosan si kelabu.
KHAMIS
Hari ini ada tugasan di luar. Pilih blaus warna merah hati dengan perincian butang di lengan memudahkan pergerakan. Tudung tiga tona serasi corak di leher baju.
JUMAAT
Hari ini mood bergaya anggun. Kebaya kacuk kemeja dari fabrik sutera Itali jadi pilihan. Tudung bercorak rona serupa menambah seri busana polos ungu.




Read more »

Thursday, 14 April 2011

MAKEOVER WORKSHOP & LUNCH - Palm Garden Hotel.



Tarikh : 22 April 2011
Tempat : Palm Garden Hotel , IOI Resort City

Berminat ? Boleh hubungi kami dgn kadar segera :)
Read more »

Tuesday, 12 April 2011

Items every women should have !

Weather you are just starting out in this world and need to put a foundation wardrobe in place or if you are giving your wardrobe a refresher here are some wardrobe ideas to help you get started.


Two pairs of dark slacks - either black or navy blue. Go with a slim cut in a wool crepe or a seasonless cotton.
One pair of dark slacks for the evening with a fuller cut. These can be a fabric that drapes either a light wool or jersey mix.

Two pairs of jeans -one hemmed for heels and the other hemmed for flats. Jeans that are hemmed for heels you should see just the toe box.

Three skirts - a pencil skirt, a A-line skirt which incidentally looks good on all body types and a skirt in a neutral fabric so you can mix and match with others items like tweed, wool or boucle.


Shirts - A white button front shirt and a few t-shirts.

Three sweaters - The fabric should be a lightweight, merino or cashmere.
  • One should be black and match your black trousers.
  • The second one should be more neutral like off-white, camel or taupe.
  • The third sweater should just simple be a sweater that you love and feel great in. Nothing too dressy - one you can wear to the office and with jeans.
Two Jackets
  • A tailored jacket that matches your black pants.
  • A sporty leather jacket
Two coats
  • A classic trench coat or raincoat with a zip -out wool liner for multiple seasons.
  • A knee-length transition coat that works for day and night.
Dress
  • A little black dress
Three Bags
  • A classic leather style with clean lines that works for everything.
  • A catch all fun tote bag
  • A envelope shaped, bracelet style for the evening.
Shoes (5 pairs)
  • A pair of black pumps 2.5-3.5 inch heel in a the current style.
  • A evening shoe with a close toe in a black satin.
  • A pair of tall black boots
  • Bad-weather boots
  • A pair of sneakers or tennis shoes.
Read more »

Bersaiz besar BUKAN penghalang !

Mungkin tidak semua gemar dengan konsep mengenakan blazer mahupun kardigan. Namun, tahukah anda, ia dapat memberi impak positif? Secara rasionalnya, ia boleh menutup bahagian-bahagian tertentu terutamanya di bahagian perut! Malah ia bertambah bagus andai tidak dibutangkan kerana dapat memaksimumkan garisan bujur pada penampilan anda.

Sebagai seorang yang memiliki tubuh badan yang besar, anda seharusnya berhati-hati serta bijak dalam membuat pemilihan pakaian. Hal ini kerana trend pakaian sekarang penuh dengan pelbagai corak. Jika tersalah pilih, sudah pasti penampilan anda nampak pelik dan tidak sesuai. Seeloknya elakkan dari memilih pakaian yang memiliki corak terlalu penuh sebaliknya pilih yang bercorak hanya di bahagian-bahagian hujung sahaja. Elakkan juga dari memilih pakaian yang mempunyai corak bunga-bungaan yang besar kerana ia akan lebih menampakkan tubuh badan anda yang bersaiz XXXL itu!

Aksesori skaf ternyata manis jika sesekali digayakan. Cara memakai skaf yang betul ialah memanjang ke bawah, bukannya melintang. Bagi menimbulkan ilusi langsing, ikan skaf dengan kemas di leher. Anda juga digalakkan membeli aksesori lain kerana penggayaannya dapat mengalihkan pandangan mata daripada tubuh anda.

Pilihlah kasut yang bertumit tinggi serta hujungnya tajam kerana ia akan menjadikan tubuh anda lebih langsing. Pemilihan kasut juga bergantung kepada keselesaan anda, jika anda tidak yakin dengan tumit terlalu tinggi, pilih kasut biasa sahaja. Tetapi, elakkan dari memilih kasut yang berbentuk bulat atau empat segi di bahagian hadapannya.

Bagi yang bertubuh besar, gaun seharusnya menjadi teman baik. Tidak kira apa jenis terutamanya yang berbentuk V di bahagian leher akan menjadikan tubuh kelihatan sedikit rata. Kesan langsing itu akan lebih jelas andai panjang gaun itu melebihi bawah lutut. warna dan coraknya juga boleh meninggalkan impak, jadi pilihlah yang sebaik-baiknya.

-Sumber : Majalah Keluarga , Karangkraf.
Read more »

 
Powered by Blogger