Jika bertandang ke sesuatu majlis, pasti mereka telah tetapkan beberapa kod pakaian yang sesuai mengikut acara yang akan diadakan. Ternyata masih ramai yang belum pasti tentang bezanya kod pakaian kasual, semi-formal dan juga formal. Di sini kami membantu anda memahami serba sedikit tentang kod pakaian serta jenis-jenis kain yang sesuai dengan majlis :)
Kasual
Pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan yang dipakai setiap hari untuk bersantai. Pakaian kasual merupakan pakaian yang akan anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawat kawan dan bersiar-siar.
Pakaian kasual lazimnya berpenampilan kemas dan selesa. Adalah satu perkara yang pelik bagi anda untuk tampil kasual semasa di dalam pejabat, kecuali jika majikan membenarkannya. Lazimnya, majikan akan mengumumkan ‘dress down’...