Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa juga acara seharian. Sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam, atau sekadar bersiar-siar, penggayaan tudung jangan sesekali diabaikan. Tampilkan kreativiti anda dengan penggayaan pelbagai jenis tudung .
Secara asasnya, pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti; fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya pemakaian.Pertama, pilihlah tudung yang diperbuat dari fabrik yang senang dibentuk dan sesuai dipadankan dengan apa jua baju seperti kain kapas dan kain kasa(bawal)Kedua, kepada penggemar tudung kontemporari, anda boleh memilih fabrik organza bagi melapisi bahagian luar untuk menggayakan fesyen bertudung.Sesekali pilihlah tudung yang mempunyai...